Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Tragedi Rempuhan Terburuk Dalam Sejarah Bola Sepak

Baru-baru ini, Insiden rempuhan di stadium bola sepak Indonesia telah mengorbankan seramai 174 orang selepas perlawanan Liga Perdana Indonesia yang diadakan di Stadium Kanjuruhan di Malang, wilayah Jawa Timur.

Menurut Ketua Polis Jawa Timur Nico Afinta, rempuhan itu berlaku ketika polis menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan kedua-dua pasukan penyokong yang terlibat dalam pergaduhan sebaik perlawanan tamat. Dengan angka kematian mencecah 174, ia direkodkan sebagai bencana padang bola sepak kedua terburuk dalam sejarah.

Rempuhan Terburuk Dalam Sejarah Bola Sepak

Seperti umum tahu tragedi rempuhan yang berlaku di Indonesia bukanlah yang pertama. Berikut antara rempuhan yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah bola sepak.

Estadio Nacional Stadium, Peru

Pada tahun 1964, Argentina telah berjaya menewaskan Peru. Namun, penyokong Peru tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan memutuskan untuk menceroboh padang. Polis bertindak balas dengan melepaskan gas pemedih mata ke arah orang ramai, menyebabkan orang ramai lari bertempiaran.

Difahamkan, pelepasan gas tersebut adalah punca utama kematian yang menyebabkan ramai mengalami pendarahan dalaman dan juga kesukaran untuk bernafas akibat tersekat pada pagar yang menghala ke jalan keluar.

Sebanyak 328 orang terkorban dalam kejadian tersebut. Malah, tragedi ini memegang rekod kematian paling tinggi akibat rempuhan dalam dunia bola sepak.

Hillsborough Stadium, England

Sebanyak 96 kematian telah direkodkan dalam tragedi rempuhan Lepping Lane di Stadium Hillsborough Sheffield Wednesday. Kejadian itu berlaku semasa perlawanan separuh akhir Piala FA antara Liverpool dan Nottingham Forest pada tahun 1989.

Untuk makluman, rempuhan itu berlaku akibat kesesakkan yang berlaku di kawasan tengah Lepping Lane yang dikhususkan untuk penyokong Liverpool.

Kesesakkan itu telah meragut 96 nyawa dan 766 kecederaan, tragedi ini mempunyai jumlah kematian tertinggi dalam sejarah sukan British.

Dasharath Stadium, Nepal

Ketika perlawanan akhir antara pasukan Janakpur Cigarette Factory Ltd dan pasukan Liberation Army Bangladesh pada 1988. Stadium Dasharath dilanda hujan lebat.

Memetik laporan nepalnews, ketika kejadian itu berlaku hanya terdapat satu pintu keluar sahaja yang dibuka di stadium tersebut. Maka ketika hujan turun, ramai orang bergasak untuk keluar dari stadium dan mencari tempat teduh. Akibat dari gasakkan itu, sebanyak 69 orang terkorban apabila mereka merempuh antara satu sama lain.

Sumber: BBC, talksports, nepalnews

Total
0
Shares
Related Posts