Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Jepun Keluar Amaran Risiko Gempa Bumi Mega

Jabatan Meteorologi Jepun memgeluarkan amaran gempa bumi mega berisiko menggegarkan negara tersebut selepas lapan orang cedera dalam gegaran kuat bermagnitud 7.1 di selatan negara itu kelmarin.

“Kemungkinan gempa bumi (Nankai Trough) yang berlaku ini adalah lebih tinggi daripada biasa.”

“Bagaimanapun, ini bukan petanda gempa bumi mega pasti berlaku,” kata Agensi Meteorologi Jepun(JMA).

Kenyataan itu adalah amaran pertama yang dikeluarkan di bawah sistem ramalan dan pengesanan baharu selepas gempa bumi dahsyat menggegarkan Jepun pada 2011.

Jepun memiliki seramai 125 juta penduduk, mengalami sekitar 1,500 gempa bumi setiap tahun tetapi kebanyakannya adalah gegaran kecil.

Apa itu Nankai Trough?

Palung Nankai terletak di luar pantai barat daya Pasifik dan berjalan sejauh kira-kira 900 km (600 batu), di mana Plat Laut Filipina menunjam di bawah Plat Eurasia dan ketegangan tektonik yang terkumpul boleh mengakibatkan gempa mega kira-kira sekali dalam 100 hingga 150 tahun.


Kerajaan Jepun sebelum ini meramalkan 70-80% kemungkinan gempa bumi berukuran 8 hingga 9 skala richter berlaku di sepanjang Palung dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Gempa mega boleh mengakibatkan gegaran maksimum yang boleh diukur ke kawasan dari pusat Shizuoka – kira-kira 150 km (93 batu) selatan ibu kota Tokyo – ke barat daya Miyazaki.

Bencana itu dijangka meragut nyawa seramai 323,000 orang dan memusnahkan 2.38 juta bangunan, memaksa hampir 10 juta mangsa yang terselamat berpindah.

Gempa di Palung Nankai berlaku sejak tahun 684

Gempa bumi Nankai Trough telah ditandakan dalam rekod bersejarah Jepun beberapa kali sejak tahun 684, selalunya berlaku dengan bencana tsunami di kampung bersebelah persisiran pantai.

Gempa Palung Nankai yang terbaharu berlaku pada 1946 dengan gegaran magnitud 8.0 dan tsunami 6.9 meter dan mengorbankan 1,330 orang.

Total
0
Shares
Related Posts