Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Angka Korban Gempa Bumi Turkiye-Syria Lebih 16,000

Angka korban akibat gempa bumi kuat di selatan Turki dan Syria sudah mengorbankan lebih 15,800 mangsa.

Menurut laporan, seramai 12,873 mangsa terkorban akibat gempa bumi 7.7 magnitud di selatan Turki manakala 3,162 maut di Syria. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang terkorban dalam gempa kuat itu kini seramai 16,035.

Sementara itu, Malaysia menghantar 75 pegawai dan anggota daripada tiga agensi keselamatan dan kecemasan bagi membantu Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa kejadian gempa bumi di Turkiye.

Baca Juga: Turkiye & Syria Dilanda Gempa Bumi Korban 670 Orang

Di Aleppo Syria, pasukan penyelamat berdepan kesukaran apabila bekalan bahan bakar, diesel terhad sehingga mengakibatkan jentera berat tidak dapat digunakan.

Walau bagaimanapun, operasi SAR terus dijalankan bagi menyelamatkan mangsa yang dikhuatiri masih terperangkap dalam runtuhan bangunan di bandar itu.

Gempa bumi di Turkiye dan Syria disenaraikan antara bencana yang berlaku dalam kategori kuat, selain yang melanda beberapa negara lain iaitu Chile, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun sebelum ini.

Total
0
Shares