Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kenapa Buku Pink Penting Untuk Ibu Mengandung?

Kehamilan merupakan perjalanan yang menggembirakan kepada pasangan. Kepada yang pertama kali mengandung, antara perkara penting yang perlu dilakukan terlebih dahulu selepas disahkan hamil adalah membuka buku pink di klinik kesihatan.

Baru-baru ini kecoh tentang buku pink. Walau bagaimanapun, terdapat satu warga maya yang juga doktor kesihatan menerangkan tentang mengapa wanita yang mengandung perlu membuka buku pink.

  • Ini kenapa buku pink sangat penting untuk ibu mengandung:
  • Mengesan Kecacatan Janin
  • Merekodkan Kesihatan Lengkap Bayi
  • Membantu Doktor Membuat Sebarang Keputusan apabila ada situasi kecemasan
  • Jadual Temu Janji Yang Lebih Teratur

Buku pink ini yang mempunyai rekod lengkap kehamilan memudahkan para doktor untuk membuat keputusan sekiranya berlaku situasi kecemasan. Harga untuk membuka buku pink ini hanyalah bernilai RM1 sahaja jika dibuka di klinik kerajaan.

Malah, beliau juga menegaskan pasangan yang bakal menerima anak untuk tidak memandang ringan terhadap kepentingan dokumen tersebut demi menjaga kesihatan dan keselamatan bayi.

Panduan Buka Buku Pink Bagi Wanita Hamil

Bagi tidak tahu bagaimana mahu membuka buku pink, berikut adalah beberapa dokumen yang perlu dibawa semasa proses pendaftaran di klinik iaitu

  • Salinan fotostat kad pengenalan suami
  • Salinan fotostat kad pengenalan isteri
  • Salinan fotostat surat nikah atau kad nikah
  • Surat nikah atau kad nikah yang asal. Ibu tunggal tidak perlu bawa salinan pengenalan diri bekas suami, hanya bawa surat nikah atau kad nikah.
  • Kad mengandung kelahiran anak terdahulu (jika ada) untuk rujukan.
  • Keputusan ujian air kencing dan salinan cetakan scan (jika ada)
  • Alamat rumah lengkap.

Buka Buku Pink memanfaatkan kedua-dua ibu dan bayi yang bakal lahir. Oleh itu, adalah penting bagi ibu-ibu menerima perhatian yang diperlukan.

Total
0
Shares
Related Posts