Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Pelabuhan Klang Banjir Besar, Air Pasang Ekstrem Jumaat ini

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) menjangkakan fenomena air pasang melampau antara 18 hingga 20 Oktober di tiga lokasi sekitar Pelabuhan Klang.

Pengarah Seksyen Ukur, Bahagian Ukur Geodetik JUPEM Muhammad Kenidi Awang Aziz berkata, tiga lokasi itu ialah Jeti Pulau Ketam, Jeti Skymirror dan Kampung Bagan Pasir.

“Menurut pemerhatian yang dikumpul sejak September lalu, limpahan air akan bermula pada 17 Oktober, tetapi keadaan dijangka mencapai tahap paling melampau pada 18 Oktober.”

“Pada September, bacaan paras air pasang surut hanya menunjukkan peningkatan sebanyak 3 sentimeter. Bagaimanapun, pada Oktober bacaan air meningkat dengan ketara kepada 0.5 meter, bersamaan dengan separuh tayar kenderaan,” katanya.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengeluarkan amaran berhubung kejadian air pasang melampau yang dijangka berlaku hujung minggu ini, dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati di jalan raya dan bersiap sedia menghadapi lebih banyak banjir.

Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan kecemasan akibat banjir di Shah Alam, hubungi Bilik Gerakan PANTAS di talian 03-551058111.

Total
0
Shares
Related Posts