Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

29 Lokasi Seluruh Negara Lihat Anak Bulan Petang Ini

Pejabat Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja memaklumkan 29 lokasi di seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan petang ini.

Ini akan disusuli pengisytiharan tarikh mula berpuasa oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja malam nanti.

Kaedah penetapan tarikh permulaan Ramadan adalah berdasarkan rukyah dan hisab, seperti dipersetujui Majlis Raja-Raja.

29 lokasi diperkenan untuk melihat anak bulan

Jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara iaitu Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.

Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan serta Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.

Baca Juga: Kelajuan Internet Malaysia Lembab, Tapi Bayar Premium

Di Perak, lokasi melihat anak bulan adalah di Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru di Manjung; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang serta Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar di Kedah.

Lokasi lain untuk melihat anak bulan Ramadan adalah Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya serta Menara Pandang, Masjid al-Hussain Kuala Perlis, Perlis.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts