Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kuala Lumpur Bandar Kedua Terbaik Di Asia Tenggara?

 Kuala Lumpur menjadi bandar raya kedua terhebat di rantau Asia Tenggara selepas Singapura dalam Indeks Bandar Global Oxford Economics 2024.

Dalam senarai itu, Kuala Lumpur meletakkan tempat ke-135 daripada 1,000 bandar raya di seluruh dunia dengan Singapura mendahului rantau ini di tempat ke-42 dalam indeks.

Bandar utama lain di Asia Tenggara termasuk dalam senarai itu ialah Bangkok (Thailand) di tempat ke-192, Manila (Filipina) di tempat ke-256, dan Jakarta (Indonesia) di tempat ke-284.

Senarai itu juga termasuk 12 bandar lain di Malaysia iaitu:

  • Georgetown – ke-351
  • Melaka – ke-359
  • Johor Bahru – ke-376
  • Butterworth-Bukit Mertajam – ke-385
  • Kota Kinabalu – ke-391
  • Kuantan – ke-412
  • Kuching – ke-419
  • Kota Bharu – ke-433
  • Seremban – ke-447
  • Kuala Muda – ke-459
  • Ipoh – ke-465

Bagaimanakah bandar Kuala Lumpur diukur?

Mengikut Indeks Bandar Global Oxford Economics itu, Kuala Lumpur berada pada kedudukan ke-106 dari segi ekonomi yang diukur mengikut saiz ekonomi, struktur, pertumbuhan setiap bandar, meneliti sejarah prestasi dan potensi masa depan.

Dari segi modal insan yang mengukur iklim pendidikan dan perniagaan setiap bandar sejajar dengan trend demografi memperlihatkan Kuala Lumpur berada pada kedudukan ke-21.

Indeks Bandar Global Oxford Economics itu menunjukkan Kuala Lumpur berada pada kedudukan ke-391 bagi kualiti kehidupan yang mengambil kira manfaat tinggal di setiap bandar dan kesejahteraan penduduk, meliputi kewangan dan hasil kesihatan serta akses kepada kemudahan.

Selain Kuala Lumpur, bandar raya Georgetown, Pulau Pinang menduduki tempat ke-351 dalam indeks berkenaan, diikuti Melaka di tangga ke-359 dan Johor Bahru di tempat ke-376.

Total
0
Shares
Related Posts