Seperti kita tahu kebanyakkan kedai makan dan restoran akan memberi air kosong secara percuma atau menjualnya dengan harga 0.50sen.
Namun lain pula terjadi sebuah kedai makan yang dirahsiakan namanya di Port Dickson ini telah mengenakan caj sebanyak RM2 untuk air suam dan RM1 untuk air kosong, hingga mendatangkan rasa tidak puas hati seorang pelanggan.
Dalam satu perkongsian yang tular di Facebook, pelanggan itu berkongsi resit daripada restoran berkenaan dengan jumlah keseluruhan bil sebanyak RM102.
Walau bagaimanapun, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dilaporkan menerima aduan mengenai peniaga di sebuah medan selera di Port Dickson yang mengenakan caj air suam RM2.
Baca Juga: Negara Malaysia, Negara Kleptokrasi & Pencuri
Susulan aduan berkenaan, MPPD dikatakan tidak akan memperbaharui lesen peniaga berkenaan.
Untuk makluman, Caj maksimum untuk air suam adalah 20 sen dan penjualan air suam sehingga RM2 disifatkan menekan pelanggan.
Sumber: Facebook