Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kelajuan Internet Malaysia Lembab, Tapi Bayar Premium

Bayar mahal-mahal tapi dapat perkhidmatan internet perlahan? Sampai nak tengok video di Youtube pun tak lepas.

Jika ini berlaku kepada anda, anda tidak keseorangan. Baru-baru ini satu laporan telah mendedahkan bahawa rakyat Malaysia telah membayar lebih untuk mendapat kualiti perkhidmatan internet yang ‘biasa’.

Laporan itu menunjukkan perbezaan ketara antara perkhidmatan internet di Malaysia berbanding negara lain seperti Singapura dan Thailand.

Walau Malaysia adalah sebuah negara yang maju, dengan KDNK yang lebih tinggi daripada negara jiran. Namun, pengguna masih dikenakan bayaran premium untuk perkhidmatan substandard ini.

Malaysia berada di kedudukan ke-48 dunia

Dalam laporan tersebut, Malaysia berada di kedudukan ke-48 dunia. Di Asia, negara ini berada di kedudukan ke-12, 36 peratus lebih rendah daripada purata serantau.

internet
Sumber: SurfShark

Di Asia Tenggara, Malaysia menduduki tempat keempat dengan Singapura menduduki tempat kedua. Ini menunjukkan rakyat Malaysia membayar lebih tinggi dari segi kelajuan berbanding negara-negara lain di Asia Tenggara.

Jadi, apa yang boleh dilakukan mengenai isu ini?

Kerajaan perlu campur tangan dan mengawal selia industri untuk memastikan rakyat Malaysia tidak dikenakan bayaran berlebihan untuk perkhidmatan internet mereka.

Penyedia perkhidmatan internet juga perlu menambah baik infrastruktur dan perkhidmatan pelanggan mereka untuk menyampaikan perkhidmatan yang lebih berkualiti.

Baca Juga: 5 Aplikasi Memudahkan Pelajar Ketika Belajar Di Universiti

Sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia menuntut perkhidmatan internet yang lebih baik pada harga yang berpatutan. Jangan biarkan penyedia internet terus mengambil kesempatan ke atas pengguna.

Sumber: SurfShark

Total
0
Shares
Related Posts