Seperti kita tahu, iklan adalah sumber pendapatan yang besar untuk Youtube, dan satu-satunya cara untuk mengelakkannya adalah dengan membayar YouTube secara langsung untuk premium.
Kepada mereka yang tidak mahu membayar Youtube premium, mesti akan menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk menyekat iklan. Namun, kaedah itu dianggap melanggar syarat perkhidmatan platform tersebut.
Baru-baru ini, Youtube telah memulakan langkah baru untuk melumpuhkan penggunaan Ads block.
YouTube menggunakan kaedah memperlahankan keseluruhan websitenya apabila Ads Block sedang digunakan, merujuknya sebagai “tontonan suboptimum.”
Baca Juga: Rusia Lancar Ruble Digital Sebagai Mata Wang Negara
Menurut PCgamer, pengadu di reddit mengatakan bahawa apabila mengaktifkan ad block. Anda akan mengalami isu video menjadi sangat perlahan, dan ciri seperti mod skrin penuh dan teater tidak berfungsi.
Walau bagaimanapun, ini bukan kali pertama platform itu memberikan amaran berkaitan penggunaan penyekat iklan atau ad blocker.
Sebelum ini, pengguna yang menggunakan penyekat iklan akan menerima notis bahawa mereka akan dihalang menonton selepas 3 video. Namun perkara itu tidak berhasil untuk melumpuhkan pengguna ad block