Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

James Bond Pernah Tinggal Di Malaysia?

Bila sebut tentang “James Bond” mesti korang fikir tentang filem ejen perisik British yang berkebolehan untuk menyelesaikan kes dan menumpaskan penjenayah.

Tapi tahu tak korang watak sebenar James Bond tu sebenarnya berasal dari kisah seorang askar British yang pernah tinggal kat Cameron Highland?

Watak James Bond bermula ketika novelis Ian Fleming menulis buka Bond pertama iaitu Casino Royale.

Kalau korang nak tahu Ian Fleming adalah seorang pegawai perisikan angkatan laut. Dia turut selalu dikaitkan dengan Perkhidmatan Rahsia British.

Sejak itu identiti James Bond telah menarik minat peminat buku tersebut dan mereka mencari siapa disebalik watak tersebut. Ada beberapa peminat mengatakan bahawa Ian Fleming adalah James Bond.

Namun, Lynette Silver yang merupakan penulis dan sejarahwan dari Australia mengatakan bahawa James Bond sebenarnya dicipta daripada ejen MI6, Denis Emerson-Elliot yang dulunya duduk kat Cameron Highlands pada zaman komunis. 

Menurut beliau, James Bond adalah ‘campuran orang yang Ian kenali dalam Perisikan Tentera Laut British semasa Perang Dunia Kedua‘.

Malah, inspirasi watak Bond adalah dari Denis menjadi lebih kukuh apabila anak Denis menunjukkan kod nama ketika berkhidmat dalam British Bureau iaitu BB007.

Kenapa James Bond tinggal di Cameron Highlands?

Semasa Darurat Malaya yang melanda Tanah Melayu, Cameron Highlands menjadi tempat persembunyian pemberontak komunis.

Bagaimanapun, aktiviti mereka mendapat perhatian pihak berkuasa dan sewajarnya, agensi perisikan British yang terkenal, MI6 melaksanakan rancangannya.

Denis dipilih menjadi ejen perisik yang ditugaskan MI6 untuk menyusup masuk ke dalam Parti Komunis Malaya, mendapat kepercayaan dan menggalakkan komunis untuk masuk ke hutan.

Bagaimanapun, selepas pemberontakan berakhir, Denis memutuskan untuk berpindah ke England.

Total
0
Shares
Related Posts