Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Vampire Bermula Dari Penyakit Rabies?

Vampire atau Pontianak adalah satu makhluk mitos yang dikatakan suka menghisap darah manusia dan takut pada cahaya matahari.

Makhluk mitos itu pertama kali diceritakan di Hungary zaman Mesopotamia yang sekarang di kenali sebagai Iraq. Mitos tentang makhluk peminum darah dikenali sebagai Lilitu atau Lamashtu muncul dalam teks Sumeria dan Babylon.

Walau bagaimanapun, mitos tentang asal-usul makhluk ini telah mencetuskan banyak teori. Salah satu penjelasan yang paling menarik adalah berkisar tentang kemungkinan vampire diilhamkan oleh penyakit sebenar iaitu ‘rabies‘.

Pada masa lalu, kita tidak tahu bagaimana penyakit itu merebak atau cara melindungi diri kita, kes rabies mungkin telah memberi inspirasi kepada legenda, sebagai cara untuk memahami apa yang berlaku.

Baca Juga: Adakah Virus Cacar Monyet Merebak Melalui Seks Songsang?

Misalnya, pada tahun 1720-an, terdapat wabak besar rabies pada anjing, serigala, dan haiwan liar lain di Eropah Timur, di mana legenda vampire menjadi popular terutamanya di Hungary.

Malah, beberapa kajian telah menunjukkan persamaan yang ketara antara gejala rabies dan penerangan sejarah vampire. Sebagai contoh, vampire dianggap merayau pada waktu malam dan sensitif terhadap bau bawang, manakala rabies boleh menyebabkan mangsanya tidak dapat tidur dan hypersensitif.

Walaupun kisah rakyat vampire ini dikatakan di inspirasi dari penyakit, namun, bagaimana vampire itu muncul sebagai ikon budaya pop hari ini masih menjadi tanda tanya.

Sumber: pubmed, newswise

Total
0
Shares
Related Posts