Artificial Intelligence (AI) telah digunakan untuk membantu mencipta lagu The Beatles yang terakhir dan djangka dikeluarkan akhir tahun ini.
Perkara ini dimaklumkan oleh pemuzik legenda dan bekas anggota Beatles Paul McCartney dalam satu temu duga bersama Radio 4 BBC.
Kami baru sahaja menyiapkannya dan ia akan dikeluarkan tahun ini. Kami dapat mengambil suara John dan menjadikannya tulen melalui AI, jadi kami boleh mencampurkan lagu itu, seperti yang biasa anda lakukan.
Paul McCartney
Walau bagaimanapun McCartney tidak mendedahkan nama lagu itu, ia berkemungkinan lagu gubahan Lennon pada 1978 berjudul ‘Now And Then’.
Lagu Beatles buatan AI dari peminat berada di YouTube
Peminat telah menggunakan Ai pada lagu Beatles, memberi nafas baru kepada lagu lama yang belum dikeluarkan.
Baca Juga: Anime Pertama Wujud Sejak Tahun 1907?
Difahamkan, seorang peminat telah menggunakan teknologi Ai pada lagu bootleg iaitu “Watching Rainbows” yang dirakam The Beatles pada tahun 1969 semasa sesi Get Back di Twickenham Studios.
Walau bagaimanapun lagu itu telah dialih keluar kerana tuntutan hak cipta daripada Universal Music Group.
Sumber: BBC