Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Filem ‘Grave Of The Fireflies’ Berdasarkan Kisah Benar?

“Why must fireflies die so young?” itulah ungkapan yang dikatakan Setsuko dalam filem ‘Grave of the Fireflies‘.

Filem anime itu mengisahkan kelangsungan hidup dua adik beradik, Seita dan Setsuko, ketika mereka berjuang untuk bertahan selepas pengeboman Hiroshima dan keruntuhan infrastruktur sosial dan ekonomi Jepun.

Apa yang ramai penonton tidak tahu bahawa filem ‘Grave Of The Fireflies’ berdasarkan kisah benar.

Kisah Benar Di Sebalik “Grave Of The Fireflies”

Kisah “Grave of the Fireflies” adalah berdasarkan novel semi-autobiografi dengan nama yang sama oleh Akiyuki Nosaka. Nosaka menulis novel itu untuk mengenang adik perempuannya, yang meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan pada tahun 1945, sejurus selepas tamat Perang Dunia II.

Malah, Nosaka dilaporkan menghabiskan sisa hidupnya dengan rasa bersalah atas kematian adiknya. Dia juga mengaku dia adalah salah satu punca atas kematian adiknya kerana memakan makanannya dan juga memukulnya apabila dia menangis.

Untuk pengetahuan, Novel yang ditulis Nosaka menceritakan pengalamannya semasa kecil semasa perang. Dia dan adiknya menjadi yatim piatu selepas kampung halaman mereka musnah dalam pengeboman Hiroshima.

Apa yang berlaku pada jepun tahun 1945?

Pada 6 Ogos 1945, Amerika Syarikat telah menjatuhkan bom, yang diberi nama kod “Little Boy,” di bandar Hiroshima dan membunuh kira-kira 140,000 orang.

Baca Juga: Memperingati Tragedi Pengeboman Bandar Hiroshima

Pengeboman Hiroshima diikuti dengan pengeboman Nagasaki tiga hari kemudian, yang membunuh kira-kira 70,000 orang. Pengeboman ini menyebabkan Jepun menyerah kalah dan berakhirnya Perang Dunia II.

Mereka yang terselamat daripada letupan mengalami kecederaan, dan penyakit radiasi. Ramai yang mati dalam beberapa hari, minggu, dan bulan selepas pengeboman akibat kesan pendedahan radiasi.

Namun, dengan kisah Seita dan Setsuko menjadi peringatan tentang kekejaman peperangan supaya ia tidak berlaku pada masa hadapan.

Sumber: looper

Total
0
Shares
Related Posts