Alamak! terlupa ganti puasalah. Ramadhan menjelang tiba.. Tak apalah bayar Fidyah sahaja.
Mungkin ada antara kita ada terlupa menggantikan puasa. Maka diwajibkan keatasnya untuk membayar fidyah bagi puasa yang ditinggalkan.
Tapi apakah yang dimaksudkan dengan bayar fidyah?
Apa itu fidyah?
Untuk makluman, Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada individu yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehingga tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB dan ia disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
Baca Juga: Siapa Ibnu Batutah, Pengembara Terhebat Islam?
Bagi mereka yang tidak sempat menggantikan puasa adalah wajib untuk membayar fidyah berdasarkan bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
Malah, Kewajipan ini dinyatakan dalam firman Allah SWT dalam Al-Baqarah ayat 184:
Golongan yang perlu membayar fidyah
Terdapat 4 golongan yang dikenakan fidyah akibat meninggalkan puasa.
Antara golongan yang wajib membayar fidyah :
- Orang tua uzur dan pesakit yang tiada harapan sembuh.
- Orang yang telah meninggal dunia.
- Orang yang melewatkan qadha’ puasa sehingga tiba bulan Ramadhan seterusnya.
- Perempuan mengandung atau menyusukan anak dan khuatir akan keselamatan
anaknya.
Kadar yang perlu dibayar
Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras semasa iaitu sebanyak secupak. Tetapi ianya berubah mengikut harga yang ditetapkan mengikut tempat.
Sebagai contoh, nilai secupak beras adalah RM4 untuk kiraan fidyah di Kuala Lumpur. Jadi pengiraan akan menjadi seperti berikut;
[Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah]
7hari x RM4.00 = RM28.00
[(Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah) X Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan]
(7hari x RM4.00) x 3 Tahun = RM84.00
Cara membayar melalui online
Untuk makluman, anda boleh membayar fidyah melalui online. Anda cuma perlu pergi ke laman web e-zakat negeri masing-masing seperti e-zakat Selangor, atau laman web Pejabat Agama dan Majlis Negeri.
Namun, anda juga boleh melakukan bayaran terus di pejabat agama atau pejabat zakat negeri masing-masing atau melalui wang pos.