Cubaan seorang wanita di Thailand untuk melemaskan dirinya ke dalam Sungai Mae Klong di Wilayah Samut Songkram gagal selepas wanita tersebut terapung di permukaan sungai selama 10 jam.
Wanita itu dijumpai oleh pemilik restoran. Malah, pemilik premis makanan itu segera menghubungi pasukan penyelamat selepas ternampak ‘mayat’ terapung di jeti berhampiran dengan kedai makannya.
Namun, sebaik pasukan penyelamat menarik wanita berkenaan ke tebing, mereka terkejut apabila dia tiba-tiba membuka mata selepas dianggap mati.
Baca Juga: Petani Untung RM130K Dengan Hanya Jual Air Mani Kerbau?
Selepas menerima rawatan di hospital akibat keletihan, wanita tersebut mengakui bahawa dia mengalami tekanan perasaan dan keluar dari rumah untuk melemaskan dirinya berhampiran dengan Wat Chong Lom.
Di Thailand, kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku. Sebelum ini, Kejadian sama pernah berlaku apabila seorang wanita berusia 81 tahun bernama Nenek Ree cuba membunuh diri kerana mempunyai masalah kesihatan dan tidak mahu membebankan keluarganya.
Sumber: Thaiger