Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Singapura Bakal Mansuhkan Larangan Hubungan Sejenis

Singapura akan memansuhkan undang-undang melarang hubungan seks sejenis
Singapura

Sebanyak 69 negara di dunia telah meletakkan homoseksualiti sebagai satu jenayah, malah ada antaranya telah meletakkan hukuman gantung jika ada antara rakyatnya melakukan perbuatan itu.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa negara yang telah membuat langkah memansuhkan undang-undang jenayah larangan hubungan sejenis.

Baru-baru ini, Singapura mengumumkan undang-undang yang melarang hubungan seks sejenis akan dimansuhkan, sekali gus bakal mengiktiraf kedudukan golongan homoseksual di negara itu.

Baca juga: Cacar Monyet Tiada Kaitan Dengan Monyet, Tegas WHO

Memetik laporan Astro Awani, keputusan itu dibuat oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong untuk menandakan pengakhiran untuk Akta 377A yang wujud sejak era kolonial.

Saya percaya ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan, dan sesuatu yang kebanyakan rakyat Singapura akan terima,

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong
Singapura
Sumber: Facebook

Lee Hsien Loong juga berkata golongan homoseksual kini lebih diterima umum dan menghapuskan Akta 377A akan meletakkan undang-undang negara tersebut sama rata dengan negara-negara yang lain.

Ini menjadikan Singapura negara Asia yang terbaru mengiktiraf golongan tersebut selepas India, Taiwan dan Thailand.

Undang-undang terhadap hubungan sejenis berasal dari zaman Kolonial

Photo by Thomas Kelley on Unsplash

Undang-undang yang meletakkan hubungan homoseksual sebagai satu jenayah berasal dari zaman kolonial iaitu akta 377. Terdapat 54 negara di Komanwel dan 34 antaranya mempunyai undang-undang jenayah homoseksualiti.

Negara-negara yang meletakkan homoseksualiti sebagai satu jenayah juga mempunyai hukuman jenayah terhadap wanita yang melakukan hubungan seks sejenis, walaupun undang-undang pada asalnya terpakai hanya kepada lelaki.

Selain itu, hukuman mati adalah hukuman yang ditetapkan secara sah untuk perbuatan seksual sejenis di Brunei, Iran, Mauritania, Arab Saudi, Yaman dan di negeri Nigeria utara.

32 negara iktiraf perkahwinan sejenis

Photo by Jakob Braun on Unsplash

Terdapat beberapa negara memansuhkan jenayah terhadap hubungan sejenis.

Setakat ini, 32 negara mengiktiraf perkahwinan sejenis, dan 34 yang lain menyediakan beberapa pengiktirafan untuk pasangan sejenis.

Sehingga harini, 70 negara mempunyai undang-undang menentang diskriminasi di tempat kerja berdasarkan orientasi seksual.

Sumber: Astro Awani, Wikipedia, Human Right Watch

Total
0
Shares
Related Posts