Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Saintis Jepun Temui Nyamuk Aedes ‘Kebal’ Fogging?

Saintis Jepun Shinji Kasai temui nyamuk-nyamuk yang menyebarkan penyakit seperti denggi dan virus-virus lain di beberapa kawasan Asia telah berevolusi dan menjadi semakin kebal terhadap racun serangga.

Beliau mendapati beberapa jenis nyamuk mempunyai rintangan sehingga 1,000 kali ganda, berbanding 100 kali ganda yang dilihat sebelum ini.

Di Kemboja, lebih daripada 90 peratus nyamuk jenis Aedes aegypti  memiliki kombinasi beberapa mutasi dan menghasilkan daya kekebalan yang sangat tinggi.

Ini bermakna tahap racun serangga yang biasanya akan membunuh hampir 100 peratus nyamuk dalam sampel membunuh hanya sekitar tujuh peratus daripada nyamuk Aedes aegypti.

Ini bermakna tahap racun serangga yang biasanya akan membunuh hampir 100 peratus nyamuk dalam sampel membunuh hanya sekitar tujuh peratus daripada serangga.

Baca Juga: Bumi Makkah Menghijau, Petanda Kiamat?

Untuk makluman, denggi telah menjangkiti kira-kira 100 hingga 400 juta orang setahun, walaupun lebih 80 peratus kes adalah ringan atau tanpa gejala.

Beberapa vaksin denggi telah dibangunkan, dan penyelidik juga telah menggunakan bakteria yang mensterilkan nyamuk untuk menangani virus itu. Namun, dunia masih tidak mempunyai cara yang ‘terbaik‘ untuk membasmi denggi, dan nyamuk Aedes aegypti yang juga membawa penyakit lain, termasuk zika dan demam kuning.

Total
0
Shares
Related Posts