Seramai 94 mangsa dianggarkan terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm Batang Kali.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), setakat pukul 10:41 pagi ini, hasil siasatan mendapati, 60 mangsa ditemui selamat manakala sembilan maut.
Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.24 pagi yang memaklumkan berlaku kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm.
Baca Juga: Ancaman Tanah Runtuh Di 31 Kawasan ‘Hotspot’ Seluruh Negara
Dilaporkan, kejadian tersebut telah berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan tersebut.
Sehingga kini operasi operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan
Perdana Menteri akan ke lokasi malam ini
Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melawat tapak itu lewat hari ini
Menteri-menteri yang terlibat juga akan turun ke lokasi pada pagi ini dan mereka dinasihati untuk tidak mengganggu operasi menyelamat.
Sumber: NADMA