Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Ini Cara Semak Status Mengundi MySPR Online

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri membuat pengumuman pembubaran Parlimen. Pengumuman itu bermakna Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan berlangsung dalam tempoh 60 hari lagi.

Walau tarikh PRU15 masih belum ditentukan dan bakal diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Inilah masa yang sesuai untuk menyemak sama ada nama anda adalah sebahagian daripada daftar pemilih.

Tidak perlu ke pejabat SPR, anda boleh semak status guna MySPR

Kini, anda tidak perlu melawat pejabat SPR untuk menyemak status mengundi kerana anda boleh melakukannya secara dalam talian melalui laman web MySPR.

MySPR
Sumber: MySPR

Di halaman utama laman web, pilih Semakan Daftar Pemilih dan kemudian masukkan nombor MyKad anda serta kod captcha yang dipaparkan pada skrin.

Baca juga: Perdana Menteri Umum Bubar Parlimen Berkuat Kuasa Hari Ini

Hasil carian kemudiannya akan memaparkan butiran peribadi anda bersama-sama dengan maklumat mengenai lokasi mengundi anda seperti zon DUN & parlimen yang ditetapkan, lokaliti dan daerah mengundi.

Pengundi berumur 18 tahun akan didaftar secara automatik

Disebabkan, RUU Undi18 telah diluluskan menjadi undang-undang dan kini berkuat kuasa, semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai hak untuk mengundi. Tiada lagi syarat untuk mendaftar.

Maka pengundi berumur 18 boleh menggunakan perkara diatas untuk menyemak maklumat mengundi.

Total
0
Shares
Related Posts