Apabila menjelang Hari Natal mesti akan ada isu seperti “adakah dibenarkan untuk mengucap Merry Christmas”.
Jawapannya, harus untuk mengucap perayaan kepada penganut agama lain tetapi mempunyai tiga syarat.
Umat Islam boleh mengucapkan Merry Christmas kerana hukumnya harus dengan tiga syarat.
Memetik ciapan di laman X (@MyJAKIM), hukum umat Islam mengucapkan ‘Merry Christmas’ kepada penganut agama Kristian adalah harus.
Namun, ia perlu memenuhi tiga syarat iaitu:
- Tidak menggunakan simbol atau lambang keagamaan.
- Niat untuk muhibah sesama masyarakat.
- Tidak berniat mengiktiraf atau membenarkan kepercayaan agama lain.
Perkongsian itu adalah berdasarkan sumber daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Isu berkaitan ucapan Merry Christmas terutama dalam kalangan umat Islam kepada kenalan, rakan atau keluarga mereka yang meraikan Hari Krismas sering dibangkitkan setiap kali tibanya sambutan perayaan tersebut.
Berikutan itu, golongan agamawan termasuk jabatan agama turut mengeluarkan kenyataan atau penjelasan berhubung hukum berkenaan kepada umat Islam.