Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

394 Kawasan Lembah Klang Akan Alami Gangguan Bekalan Air

Simpan Air Cepat-Cepat Ye!
Air

Sebanyak 394 kawasan di wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 10 pagi, hari ini.

Air
Sumber: Air Selangor

Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan di Twitter, gangguan bekalan air ini berlaku susulan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) pada jam 4.30 pagi tadi.

Pencemaran itu berikutan insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Pahang akibat daripada kes kemalangan di Lebuhraya Karak-Bentong KM75.9 menuju Kuala Lumpur, pada Rabu.

Air Selangor

Senarai penuh kawasan yang terjejas telah dikongsikan dalam Air Selangor. Bantuan alternatif seperti lori tangki juga akan diberikan kepada pengguna dan premis.

Selain itu, bekalan air terawat akan disalurkan semula secara berperingkat apabila sistem agihan air kembali stabil

Air selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media sosial.

Total
0
Shares
Related Posts