Puteri Balqis atau nama manja Aqish merupakan pelakon yang terkenal dalam industri lakonan Malaysia. Balqis terkenal sebagai bintang cilik kerana bakatnya yang sangat hebat dalam bidang lakonan.
Balqis juga pernah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik seusia tujuh tahun atas persembahan cemerlangnya dalam telemovie Balqis.
Bagaimanapun, Puteri Balqis baru-baru ini menjadi viral di Twitter selepas membuka cerita tentang apa yang berlaku ke atasnya di rumah ketika dia meraih populariti sebagai pelakon kanak-kanak.
Buka pengalaman gelapnya dalam temu bual podcast
Apabila disoal dalam sebuah temu bual podcast tentang pengalaman ‘gelap’ dialaminya semasa membesar, Balqis menyatakan bahawa bapanya adalah seorang suami yang tidak bertanggungjawab dan tidak pernah mengambil berat tentang isteri dan anaknya.
Perkara paling keji yang saya ingat ialah apabila dia memainkan video lucah dengan kuat di restoran Mamak untuk didengari oleh semua rakannya. Dia akan ketawa melihat lucah yang ditontonnya seolah-olah mereka sedang menonton rancangan kartun.
Puteri Balqis
Balqis kemudian menyatakan bahawa dia baru berusia lima tahun ketika perkara itu berlaku. Dia turut mendakwa bahawa bapanya menunjukkan dirinya seperti malaikat ketika berada di khalayak ramai, tetapi tiada siapa yang tahu bahawa dia mencabulnya secara tertutup.
Ketika saya belajar, dia akan marah dan memaksa saya masuk ke dalam bilik tidur saya. Dia kemudian akan menutup pintu. Apabila pintu ditutup, dia sebenarnya akan mencabul saya
Puteri Balqis
Balqis kemudian berkata selepas berjauhan dengan ayahnya, perkara pertama yang dia tanya ialah, “Aqish, kamu pakai coli sekarang?”
Orang akan memanggil saya tidak berhati perut, kebas, dan tidak begitu penyayang sekarang, tetapi ini semua berpunca daripada trauma yang terpaksa saya tanggung daripada bapa saya sendiri, kata Balqis di penghujung podcast.
Pengalaman Aqish dapat perhatian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Pendedahan Puteri Balqis secara tidak langsung telah menarik perhatian Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Mohd. Harun.
Menurut laporan Kosmo, pihak Kementerian bersedia untuk bertemu dengan pelakon itu untuk siasatan lanjut.
Saya difahamkan bahawa artis cilik ini hanya dedah pengakuan itu melalui laman sosial Twitter sebelum tular apabila diulang ciap ramai netizen terutama peminatnya.
Kemneterian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd
Baca juga: Jangan Abaikan Kesihatan Mental Kanak-Kanak & Remaja
Jika betul ada, kita akan panggil dia dan bapanya untuk disiasat serta tidak teragak-agak ambil tindakan tegas di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
Kemneterian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd
Datuk Seri Rina Harun akui sedih jika perkara ini benar berlaku kerana, ibu bapa merupakan individu yang melindungi dan membimbing anak-anak dan bukannya merosakkan masa depan mereka.
Selain itu, Rina menambah kanak-kanak perempuan paling ramai menjadi mangsa penderaan seksual berdasarkan statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tahun ini.