Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Wagyu Punya Pasal, Penganggur Dipenjara 3 Bulan

Jika anda seorang penggemar daging lembu. Anda pasti pernah dengar tentang daging wagyu, daging yang cair apabila makan menjadi makanan kegemaran semua orang sehingga ada yang sanggup mencuri daging tersebut.

Baru-baru ini, seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri daging lembu Wagyu dan makanan Jepun lain bernilai RM189.90, semalam

Selain daging lembu Wagyu, penggangur itu juga mencuri satu sosej daging lembu, daging lembu Wagyu, jeruk obor-obor, isi kerang dan sos maruchan serta dua minuman keras milik Pan Pacific Retail Management Sdn Bhd

Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh, dengan mengambil kira rekod jenayah lampau lelaki itu.

Bagaimanapun, peguam Simret Bedh Singh Sharma dari Yayasan Bantuan Guman Kebangsaan (YBGK), yang mewakili tertuduh, meminta hukuman ringan, dengan alasan pengangguran dan tanggungjawab lelaki itu terhadap seorang kanak-kanak berusia 21 tahun.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua dan seterusnya, hendaklah diseksa dengan penjara atau sebat.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada semalam.

Total
0
Shares
Related Posts