Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Perjalanan Dato’ Seri Anwar Ibrahim Dalam Dunia Politik

Selepas berdekad menunggu di blok pembangkang, Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Pelantikannya adalah hasil daripada perjalanan politik selama berdekad-dekad untuk jawatan itu.

Pemulaan Anwar dalam dunia politik

anwar ibrahim

Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim bukanlah nama asing dalam sejarah politik negara, malah rekod beliau diketahui sehingga ke luar negara.

Anwar, kini berusia 75 tahun, pertama kali mencipta namanya sebagai pemimpin pelajar berkarisma yang mengasaskan gerakan belia Islam Malaysia, ABIM.

Pada 1982, beliau mengejutkan ramai pihak dengan menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Malah, dia melonjak naik dalam tangga politik dengan pantas dan memegang beberapa jawatan menteri.

Pada tahun 1993, beliau menjadi timbalan Perdana Menteri dan dijangka akan menggantikan Tun Dr Mahathir. Tetapi ketegangan berlaku selepas krisis kewangan Asia 1997, kerana bertelagah mengenai ekonomi dan rasuah.

anwar ibrahim

Dipecat & Pencetus ‘Reformasi’

Selepas disingkirkan daripada jawatannya sebagai timbalan perdana menteri oleh Tun Dr Mahathir pada 1998, beliau menubuhkan gerakan Reformasi.

Beliau kemudian mengadakan beberapa protes di Malaysia terhadap gabungan BN yang memerintah pada ketika itu.

Gerakan ini mendapat momentum selepas Naib Presiden Amerika Syarikat Al Gore menyokong gerakan reformasi Anwar pada sidang kemuncak APEC di Kuala Lumpur pada 1998.

Dipenjara atas tuduhan sodomi

Pada 1999, Anwar dikenakan hukuman penjara selama enam tahun atas kesalahan seks luar tabii (liwat) sebelum dibebaskan pada 2004 selepas Mahkamah Persekutuan Malaysia menggugurkan sabitan kesalahan liwat terhadap Anwar.

Walau bagaimanapun, beliau sekali lagi dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada 7 Mac 2014 oleh Mahkamah Rayuan, kerana didapati bersalah meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Namun, sabitan kes tersebut dikutuk di peringkat antarabangsa sebagai kes bermotifkan politik.

Kembali dengan lebih semangat

Pada 2018, Pakatan Harapan memperoleh kemenangan besar sekali gus memegang tampuk kepimpinan kerajaan dan melantik Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Seperti dipersetujui, kedudukan Dr Mahathir itu bersifat sementara sehingga pengampunan terhadap Anwar selesai dan dibebaskan dari penjara.

Pada 16 Mei 2018 , Anwar memperoleh pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Untuk membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, melepaskan kerusi berkenaan, memberi laluan kepada Anwar bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober 2018 sebelum beliau menang.

Pilihan Raya ketika diambang krisis banjir

Pada Oktober 2022 lalu, bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pilihan raya ketika negara mengalami masalah banjir di sesetengah kawasan.

Dalam pilihan raya itu, Pakatan Harapan muncul dengan kerusi terbanyak, Namun, ia kekurangan majoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.

Walau bagaimanapun, pada tanggal 24 November 2022, Yang di-Pertuan Agong telah mengumumkan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri yang ke-10.

Ini sekaligus menamatkan penantian beliau selama 24 tahun. Kini Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

Sumber: Voa, Berita Harian, Sinar Harian, Web Archive, Utusan,

Total
0
Shares
Related Posts