Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Pengundi Positif Covid-19 Akan Diasingkan Pada Hari Mengundi

Pada hari pengundian, 19 November, pengundi yang disahkan positif Covid-19 akan diasingkan daripada pengundi yang lain bagi mengurangkan risiko penularan virus Covid-19.

Menurut, Timbalan Pengerusi SPR Azmi Sharom individu perlu memaklumkan status kesihatan mereka kepada pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum datang ke pusat pengundian

Mereka (KKM) akan asingkan pengundi positif dan anda akan undi dengan cepat dan kita juga akan asingkan anda daripada pengundi lain.

Timbalan Pengerusi SPR Azmi Sharom

Menurut Azmi, petugas pilihan raya juga akan memastikan proses pengundian individu positif COVID-19 dilakukan secepat mungkin.

Baca Juga: Rakyat Makan Duit Haram, Jika Terima BKM Fasa 4?

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan (KP) Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pengundi positif Covid-19 mesti memakai pelitup muka.

Sumber: Facebook

Walau bagaimanapun, pelitup muka adalah wajib bagi pesakit COVID-19, ia tidak wajib bagi orang lain. Namun, orang ramai amat disyorkan memakai topeng muka semasa mengundi, kata Noor Hisham.

Total
0
Shares
Related Posts