Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Penduduk Palestin Disekat Ke Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

Israel akan mengehadkan jumlah penduduk palestin yang boleh memasuki perkarangan Masjid Al-Aqsa pada Ramadan ini, dengan alasan faktor keselamatan.

Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memaklumkan, Perdana Menteri membuat keputusan seimbang untuk membenarkan kebebasan beribadat dalam keperluan keselamatan yang ditentukan secara profesional.

Majlis Fatwa Tertinggi, perhimpunan tertinggi Islam Palestin, menyeru setiap orang boleh ke Masjid Al-Aqsa dan melindunginya.

Kumpulan pejuang Hamas berkata, rakyat Palestin harus menolak keputusan jenayah ini.

Katanya, rakyat perlu bangkit menentang keangkuhan dan kesombongan penjajah dan bergerak untuk berdiri teguh di Masjid Al-Aqsa.

Masjid Al-Aqsa, salah satu tempat paling suci di dunia untuk umat Islam, terletak di puncak bukit di Kota Lama Baitulmaqdis di kawasan yang juga dianggap orang Yahudi sebagai tapak kuil mereka.

Peraturan mengenai akses ke kawasan itu sering menjadi punca pergaduhan, termasuk pada Ramadan.

Sebelum ini, Israel mengenakan sekatan, biasanya menghalang individu lebih muda memasuki perkarangan Masjid Al-Aqsa, dengan alasan langkah itu bagi menghalang keganasan.

Sumber: Al Jazeera

Total
0
Shares
Related Posts