Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Lebih 1000 Kes Pokok Tumbang Di Seluruh Negara

Kes pokok tumbang semakin memuncak berikutan cuaca hujan lebat dan angin ribut yang melanda di beberapa buah negeri termasuklah Kuala Lumpur dan Selangor.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysian (JBPM) mengesahkan terdapat lebih 1,000 kes pokok tumbang dilaporkan di seluruh negara.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata pihaknya telah merekodkan sebanyak 1,085 kejadian pokok tumbang dalam tempoh empat bulan pada tahun ini.

Insiden ini berlaku disebabkan oleh hujan lebat serta angin kuat yang melanda Malaysia sejak Januari lalu.

Nor Hisham berkata, Selangor mencatatkan jumlah kejadian pokok tumbang tertinggi iaitu sebanyak 210 kes bagi tempoh empat bulan pada tahun ini manakala 169 kes di Perak dan 118 kes di Sarawak.

Dalam pada itu, Nor Hisham berkata, tahun lalu JBPM mencatat kejadian pokok tumbang sebanyak 4,825 di seluruh negara dengan 10 kematian dan 47 orang tercedera ekoran kejadian tersebut manakala 77 orang berjaya diselamatkan pihak JBPM menerusi khidmat kemanusiaan diberikan.

Beliau berkata, sebanyak 953 kejadian pokok tumbang berlaku di Selangor, diikuti Perak (575) dan Johor (523) pada 2023.

Total
0
Shares
Related Posts