Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Elak Makan Tiram, Ada Risiko Kesihatan Yang Boleh Bawa Maut

tiram mentah

Sejak kebelakangan ini, Rakyat Malaysia terjebak dengan satu trend baharu iaitu makan tiram mentah. Ramai peniaga telah menyaji menu makanan ini kerana tiram menjadi buruan para pencinta makanan.

Bagaimanapun timbul satu isu apabila segelintir pengikut trend ini telah mengalami keracunan makanan setelah makan tiram mentah tersebut. Ini adalah kerana sikap sesetengah peniaga yang tidak jujur dengan menjual tiram mentah yang telah busuk tetapi mendakwa kepada pelanggan bahawa ia masih segar.

Bahaya makan tiram mentah

tiram

Public Health Malaysia (PHM) menjelaskan ada risiko makan tiram mentah ini biarpun rupa, bau dan rasa dia sama seperti yang tiada bakteria.

Baca juga: Makan Telur Berlebihan Tidak Baik Untuk Kesihatan?

Malah, PHM memberi gambaran yang mudah dengan memberi contoh dalam satu babak filem Mr Bean yang mengalami sakit perut selepas memakan tiram mentah itu.

Jika anda pernah menonton Mr Bean, ada satu episode dimana Bean mengalami keracunan selepas makan Tiram.

Keracunan Makanan akibat Bakteria Vibrio Parahaemolyticus?

Menurut PHM, perkara ini boleh terjadi kepada individu yang gemar memakan tiram, ia kerana dalam tiram tersebut terdapat satu bakteria yang dinamakan Bakteria Vibrio Parahaemolyticus.

Bakteria ini sering dikaitkan dengan makan makanan laut mentah atau dimasak dengan tidak sempurna. Penyakit ini sering dikaitkan dengan pengambilan tiram mentah.

Individu yang makan tiram mentah berdepan risiko keracunan makanan selepas 12 hingga 24 jam dan akan berakhir hingga tiga hingga tujuh hari.

Di Amerika Syarikat, 80 ribu orang mengalami keracunan Vibriosis setiap tahun dengan lebih 100 kematian akibat keracunan dari bakteria itu.

Antara simptom keracunan makanan akibat bakteria vibro parahaemolyticus adalah seperti:

  • Ciri-birit
  • Sakit perut
  • Muntah
  • Demam

Walau bagaimanapun, perkara ini boleh dicegah dengan mengelak makan makanan laut mentah atau yang dimasak dengan tidak sempurna.

Total
0
Shares
Related Posts