Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Guna Akaun Palsu Untuk Stalking Boleh Dikenakan Tindakan

Mana-mana individu yang menggunakan akaun palsu untuk melakukan perbuatan menghendap boleh dikenakan tindakan sekiranya identiti mereka dapat dikesan melalui sistem Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Tindakan itu susulan Dewan Negara pada Khamis meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 dengan seksyen baharu 507A dimasukkan ke dalam Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi kesalahan menghendap.

“Dalam hal ini, SKMM perlu mengambil langkah proaktif untuk mengesan siapakah di belakang akaun palsu yang diwujudkan itu,”

Baca Juga: Menghendap ‘Stalk’ Secara Maya Berulang Kali Adalah Jenayah

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ramkarpal Singh, berkata isu menghendap bukan lagi satu isu yang baharu memandangkan banyak negara telah memperkenalkan undang-undang berkenaan bagi tujuan menangani masalah itu yang semakin membimbangkan.

“Perbuatan menghendap hari ini bukan sahaja melibatkan perbuatan fizikal semata-mata seperti dahulu, tetapi turut dilakukan menggunakan media sosial serta menggunakan alat pengesan seperti alat sistem pengesanan global dan juga dron,” katanya.

Menurut Ramkarpal, elemen yang perlu dibuktikan berlakunya perbuatan menghendap mengikut Seksyen 507A ini, perbuatan itu haruslah berulang sekurang-kurangnya dua kali diikuti terdapat gangguan dan mangsa berada dalam keadaan stres atau ketakutan.

Sumber: Bernama

Total
0
Shares
Related Posts