Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Filem Tempatan Mempunyai Unsur Lucah Lepas Ditayang?

Baru-baru ini trailer filem ‘Pulau’ mendapat perhatian netizen apabila beberapa babak dalam trailer tersebut dianggap mempunyai unsur ‘lucah’ serta adegan yang tidak sepatutnya.

Trailer filem yang dimuat naik oleh akaun rasmi GSC, telah membuat netizen berasa hairan bagaimana filem sebegitu boleh terlepas daripada penapisan kerana ia mempunyai babak yang tidak bersesuaian.

Baca Juga: Kerajaan Tegas Dalam Mengekang Elemen LGBT Dalam Filem & Media Sosial

Nak ‘laku’ kena ada softporn

Menjengah diruangan komen, ramai diantara netizen yang mengecam filem tersebut kerana membawa budaya barat yang memasuki unsur-unsur lucah di dalam filem untuk membuat filem itu ‘laku’ di pasaran filem.

Malah, ada juga berasa hairan bagaimana FINAS membenarkan filem tersebut ditayangkan sedangkan ada beberapa filem dari Hollywood yang disekat kerana unsur yang sama.

Sebelum ini filem-filem seperti Thor: Love Thunder dan filem animasi Buzz Lightyear telah ditapis serta disekat di Malaysia kerana mempunyai unsur lucah di dalam filem tersebut.

Total
0
Shares
Related Posts