Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Filem Biopik Anwar Ibrahim Bakal Ditayangkan Mei Ini

Filem Anwar, The Untold Story yang mengisahkan perjalanan politik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menemui penonton di pawagam seluruh negara secara rasmi Mei ini.

Menurut laporan tempatan, filem itu berdasarkan kisah sebenar yang berlaku dalam sebahagian hidup Anwar ketika mula menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 1991 hingga beliau dipecat pada 1998.

Cerita dalam filem ini versinya daripada Anwar sendiri, ada juga versi yang jarang didengari oleh rakyat Malaysia tetapi yang terpendam, contohya cerita laporan siasatan lengkap beliau ketika dalam lokap.

Baca Juga: Perjalanan Dato’ Seri Anwar Ibrahim Dalam Dunia Politik

Sama ada ini diterima sebagai kebenaran, terpulang kepada penonton tetapi kami telah berusaha semaksimum mungkin mengambil cerita-cerita yang tercatat dalam perundangan dan hasil temu bual dengan orang yang terlibat.

Perkara itu dimaklumkan oleh Penerbit Eksekutif filem berkenaan Zukiflee Anwar Haque, atau lebih dikenali sebagai Zunar dalam sidang media sebentar tadi.

Jika anda ingin tahu macam mana jalan cerita yang bakal ditayangkan pada Mei ini. Anda boleh lihat treler Anwar The Untold Story di sini:

Total
0
Shares
Related Posts