Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

6 Filem Berunsurkan Patriotik Yang Wajib Anda Tonton

Filem-filem patriotik ini mampu menaikkan semangat nasionalisme kepada negara
filem patriotik

Menonton filem-filem patriotik bukan sahaja dapat menaikkan semangat cinta akan negara, tetapi ia juga menjadi mercu perpaduan untuk generasi baharu. Filem patriotik bukanlah tentang perperangan semata-mata, Namun semangat ingin bebas menjadi tema sesebuah filem.

Disebabkan kita akan menyambut hari kemerdekaan, kami akan menyenaraikan lima filem berunsurkan patriotik yang wajib ditonton bersempena Hari Kemerdekaan!

Bukit Kepong

Sumber: imdb

Filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsudin berkisarkan perjuangan pihak polis menentang komunis apabila mereka di kepung di Balai Polis Bukit Kepong, Muar. Filem ini juga diangkat dari kisah benar.

Tanda Putera

Sumber: Youtube

Filem adaptasi kisah benar ini memaparkan hubungan persahabatan antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail sejak tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Filem ini turut diarahkan oleh pengarah Datin Paduka Shuhaimi Baba.

1957 Hati Malaya

Sumber: Youtube

Cerita ini mengisahkan beberapa generasi muda Malaysia yang datang dari latar belakang dan pemikiran yang berbeza, berusaha untuk menerbitkan sebuah buku bergambar 1957 – Hati Malaya. Dalam pencarian itu, mereka menemui pencintaan, persahabatan, kesetiaan dan memahami perjuangan 1957. Selain itu, filem ini juga menumpukan perjuangan Tunku Abdul Rahman dalam mencapai kemerdekaan.

Leftenan Adnan

Sumber: imdb

Filem arahan Aziz M Osman ini telah diterbitkan pada tahun 2000. Menampilkan kisah benar Leftenan Adnan bin Saidi yang menyertai Rejimen Melayu dalam Angkatan Kolonial British dan memimpin perajurit menentang askar Jepun ketika Perang Dunia Kedua meletus.

Embun

Filem arahan Erma Fatima mengisahkan tentang seorang gadis Melayu bernama Embun yang turut berjuang menentang tentera Jepun, selepas abangnya ditangkap dan diseksa. Malah semangat perjuangannya tidak goyah, walau ayahnya terbunuh dalam suatu insiden yang melibatkan tentera Jepun.

Sarjan Hassan

filem

Filem arahan P Ramlee, Sarjan Hassan mengisahkan kehidupan seorang pemuda kampung yang menyertai Askar Melayu untuk menentang komunis ketika darurat pada tahun  1942. Sarjan Hassan bersama plantunnya memaparkan keberanian dan semangat juang yang tinggi ketika berdepan ancaman dari pihak jepun.

Total
0
Shares
Related Posts