Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

5 Filem Terbaik 2024 (Setakat Ini)

Tahun 2023 dikatakan tahun yang meriah dengan pelbagai genre filem. Tahun tersebut telah memenuhi pawagam dengan filem post-Marvel, Barbie dan filem terbaik Oppenheimer.

Namun bagaimana dengan tahun 2024? Adakah filem-filem yang menarik dan memenuhi selera penonton. Berikut lima filem terbaik setakat ini (Ogos).

Kill

Kill adalah filem aksi thriller yang diarahkan oleh Nikhil Nagesh Bhat. Filem ini mengisahkan seorang komando tentera India (Amrit) yang menyelinap ke dalam kereta api ke Delhi untuk cuba menghentikan perkahwinan yang diatur kepada kekasihnya.

Walau bagaimanapun, perjalanan Amrit bertukar tragis apabila sekumpulan pencuri yang bersenjatakan pisau mula membunuh penumpang di dalam kereta api yang dinaiki Amrit.

Filem itu dikatakan berdasar kisah benar yang berlaku pada tahun 2010 oleh seorang askar yang bernama Bishnu Shrestha.

Dune: Part Two

Dalam sekuel ini, Paul akan mengetuai pemberontakan menentang pemerintahan House Harkonnen di planet padang pasir Arrakis.

Inside Out 2

Inside Out 2 adalah sekuel yang memaparkan Riley memasuki alam remaja dan mengalami emosi baharu. Ketika Riley cuba menyesuaikan diri dengan masa remajanya, emosi lama cuba menyesuaikan diri daripada diganti.

Furiosa: A Mad Max Saga

Filem ini mengisahkan asal usul pahlawan pemberontak iaitu Furiosa sebelum pertemuannya dan bekerjasama dengan Mad Max.

Deadpool & Wolverine

Deadpool ditawarkan tempat dalam Marvel Cinematic Universe oleh Time Variance Authority, tetapi sebaliknya Deadpool mengantikan varian Wolverine dari timeline lain untuk menyelamatkan dunianya daripada kepupusan.

Total
0
Shares
Related Posts