Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

iPhone 15 Pro Max Digunakan Untuk Rakam Filem 28 Years Later

Telefon pintar pada zaman kini mempunyai teknologi kamera yang canggih seperti iPhone mempunyai kelebihan dalam ciri video iaitu ProRes.

Banyak filem telah dirakam dengan menggunakan iPhone, antaranya adalah High Flying Bird arahan Steven Soderbergh.

Terbaharu, sebuah filem Hollywood berskala besar telah dirakam sepenuhnya dengan iPhone.

Filem ini adalah 28 Years Later, iaitu filem ketiga selepas 28 Weeks Later.

Danny Boyle dan Alex Garland kembali untuk filem ini selepas kejayaan filem pertama, 28 Days Later.

Menurut laporan WIRED, Boyle menggunakan beberapa unit iPhone 15 Pro Max. iPhone dipilih kerana pencipta filem menggemari hasil rakaman Log dari peranti ini.

Bukan sekadar iPhone, Kerangka khas digunakan untuk menyunting filem tersebut

Filem ini mereka tidak menggunakan iPhone begitu sahaja. iPhone 15 Pro Max yang digunakan disambungkan kepada kerangka khas dengan lensa kamera profesional seperti dari ARRI.

Pembangunan filem 28 Years Later turut menggunakan beberapa kamera aksi yang dipasang pada haiwan, mungkin GoPro, kerana haiwan ini digelar sebagai GoatPros.

iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max sedia menyokong rakaman video Log 4K ProRes 60FPS. Untuk rakaman jangka masa panjang, fail boleh disimpan terus ke storan luaran melalui sambungan USB-C pada peranti.

28 Years Later kini secara tidak langsung menjadi filem Hollywood dengan bajet paling tinggi ($75 juta, ~RM331.8 juta) dirakam sepenuhnya dengan telefon pintar.

Total
0
Shares
Related Posts