Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

6 Fakta Menarik Tentang Filem Interstellar

Interstellar

Sama ada anda peminat filem fiksyen sains atau tidak, Interstellar ialah salah satu filem yang boleh tonton oleh sesiapa sahaja.

Tidak dinafikan filem ini adalah satu filem sci-fi terbaik yang pernah ditayangkan. Filem yang ditayangkan pada November 2014 ini juga mempunyai jalan cerita yang baik.

Daripada penggambaran yang menakjubkan kepada penyelidikan saintifik yang baik, filem ini pasti akan meninggalkan kesan yang berpanjangan kepada anda.

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang filem tersebut.

TARS dalam filem Interstellar bukan CGI tetapi adalah sebuah patung

Sumber: Interstellar Wiki

Untuk pengetahuan korang, TARS adalah sebuah patung yang dilakonkan dan bukan patung CGI

Di belakang robot seberat 200 paun itu adalah Bill Irwin, yang menyuarakan watak TARS dan mengawal pergerakannya. Bagaimanapun, untuk aksi lagak ngeri ia diberikan kepada stuntman Mark Fichera.

Menariknya, batang lolipop telah menjadi inspirasi kepada reka bentuk robot.

Sut angkasa Interstellar yang dipakai oleh pelakon berfungsi seperti sut angkasa yang sebenar.

Mary Zophres adalah pereka pakaian untuk Interstellar. Mary dikatakan telah mencipta sut angkasa yang sempurna untuk filem itu.

Dia mula bekerja dengan pasukannya dengan mencuba pelbagai reka bentuk dan bahan serta keseimbangan antara bentuk dan fungsi untuk sut itu.

Sama seperti sut angkasa lepas, sut Zophres mempunyai bekalan oksigen yang berfungsi supaya pelakon boleh bernafas dengan selesa sepanjang penggambaran.

Bukan itu sahaja, sut itu juga dilengkapi dengan tiub penyejuk yang membawa air, sama seperti pakaian angkasa sebenar.

Filem tersebut dilakukan mengikut kajian sains

Ketika pengambaran berlaku, Christopher Nolan mahukan filem ini mengikut kajian sains yang sebenar. Hasilnya, beliau membuat kolaborasi dengan pemenang Hadiah Nobel Fizik 2017, Dr. Kip Thorne, sepanjang projek itu.

Walau bagaimanapun, tidak semuanya berjalan lancar kerana terdapat beberapa pertelingkahan Dr. Kip Thorne dan Christopher Nolan.

Namun disebabkan azam Nolan untuk membuat filem angkasa terbaik, Nolan berpegang teguh pada pendiriannya untuk terus setia kepada sains dan bersetuju dengan rancangan Dr. Thorne.

Software CGI dicipta hanya untuk Insterstellar

Interstellar
Photo by Aman Pal on Unsplash

Selaras dengan keinginan Christopher Nolan untuk mengekalkan ketepatan saintifik, Dr. Kip Thorne menyediakan persamaan teori untuk simulasi lubang cacing dan lubang hitam.

Paul J. Franklin dan pasukannya di Double Negative membangunkan software CGI baharu yang secara realistik boleh mewakili fenomena saintifik dalam filem itu.

Pelakon dan kru mengembara ke pelbagai lokasi untuk penggambaran Interstellar.

Sumber: imdb

Pelakon dan kru Interstellar mungkin tidak pergi ke angkasa lepas untuk merakam filem itu, tetapi mereka juga tidak merakam babak di angkasa menggunakan green screen.

Baca juga: 5 Filem Biopik Terbaik Yang Korang Mesti Tonton

Christopher Nolan tidak mahu filemnya bergantung sepenuhnya pada CGI. Jadi, dia membawa krewnya ke Iceland dan Kanada untuk merakam adegan yang sempurna.

Beberapa lokasi penggambaran Interstellar termasuk:

● Medan lava Eldhraun di wilayah selatan Iceland
● Svínafellsjökull di wilayah selatan Iceland
● Mafabot di wilayah selatan Iceland
● Alberta, Kanada

Dokumentari pada awal filem adalah footaj dokumentari The Dust Bowl

Sumber: Britannica

Christopher Nolan menggunakan klip asal daripada dokumentari 2012 dari Ken Burns yang berjudul The Dust Bowl. Fenomena The Dust Bowl itu juga menjadi sumber inspirasi kepada filem tersebut.

Sumber: businessinsider, interestingengineering, movielocations, Youtube, indiewire

Total
0
Shares
Related Posts