Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Apakah Hukum Memanggil GOAT Kepada Pemain Bola?

GOAT

Istilah GOAT menjadi semakin popular sejak kebelakangan ini, terutamanya kepada pemain bola sepak terkenal seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo yang sering memecah rekod dunia.

Ini kerana GOAT adalah akronim yang bermaksud “Terhebat Sepanjang Zaman.” Istilah ini biasanya digunakan dalam sukan untuk merujuk kepada atlet yang paling berjaya dan dominan dalam sukan tertentu.

Baca Juga: Bumi Makkah Menghijau, Petanda Kiamat?

Persoalannya, adakah gelaran yang menyanjung individu dibenarkan dalam Islam?

Memberi gelaran GOAT termasuk dalam perkara yang dilarang dalam agama? 

Menurut Mufti, memanggil atau menggelar seseorang atlet atau pemain bola sepak dengan panggilan GOAT tidak membawa maksud menyamakan GOAT itu dengan tuhan sebaliknya ia hanyalah gelaran sanjungan sebagai jaguh dalam sesuatu sukan.

Malah, memuji seseorang adalah harus selagi mana pujian itu tidak melampaui batas. Namun jika sebaliknya, ia adalah haram serta dilarang kerana boleh menyebabkan seseorang itu terjebak dalam tipu daya syaitan.

Walau begitu, seorang muslim hendaklah berpada-pada dalam menyanjungi seseorang idola supaya tidak terjebak dengan budaya taksub terhadap sesuatu individu.

Sumber: muftiwp

Total
0
Shares
Related Posts