Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Ahmad Zahid Hamidi Bebas 40 Tuduhan Rasuah

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan daripada 40 pertuduhan menerima rasuah daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berhubung pengendali perkhidmatan Pusat Setempat (OSC). Kontrak di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini, beliau menghadapi 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta (RM43,630,295.22) daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) ketika menjadi Menteri Dalam Negeri, bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai Pengendali perkhidmatan OSC di China serta membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat yang sama oleh Kementerian Dalam Negeri.

Baca juga : Rayuan Akhir Gagal, Najib Razak Dipenjara Hari Ini

Selain itu, beliau turut menghadapi 7 pertuduhan lain iaitu memperoleh wang tunai SG$1.15 juta (RM3,700,535.77), RM3.125 juta, 15,000 Swiss Franc (RM70,038.36) dan AS$15,000 (RM68,550.00) daripada UKSB berkaitan dengan tugas rasminya sebagai Menteri.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa melakukan semua kesalahan berkenaan di Sri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 hingga Mac 2018.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: Utusan

Total
0
Shares
Related Posts