Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Najib Razak Tinggalkan Nota Akhir, Sebelum Di Penjara

Sedihnyee..
Najib Razak

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, telah menjalani hukuman penjara 12 tahun bermula hari ini. Walau bagaimanapun, beliau sempat meninggalkan nota untuk ahli keluarganya. Nota itu juga turut dikongsi di laman Facebook beliau.

Dalam nota panjang itu, perdana menteri keenam itu mengimbas kembali perjalanannya dalam dunia politik yang 46 tahun lamanya.

Dari 1976, saya aktif sepenuh masa dalam politik dan perkhidmatan awam. Sehingga hari ini, sudah 46 tahun. 46 tahun adalah satu masa yang lama

Datuk Seri Najib Razak, Bekas Perdana Menteri

Beliau juga menambah, dunia politik dan perkhidmatan awam mempunyai kebaikan dan keburukan tetapi cabaran itu memberi kepuasan kepadanya, termasuk melakarkan pembangunan negara, merangka dasar kebajikan, mengurus ekonomi, serta mengeratkan hubungan dua hala dengan negara lain.

Tahun-tahun berlalu, didedikasi kepada rakyat, perkhidmatan awam, politik. Satu pengorbanan yang saya pilih dan saya lakukan.

Datuk Seri Najib Razak, Bekas Perdana Menteri

Baca juga: Rayuan Akhir Gagal, Najib Razak Dipenjara Hari Ini

Perdana Menteri keenam itu juga mengakui tidak pernah kesal memilih meneruskan legasi Almarhum bapanya, Tun Abdul Razak.

Beliau juga menambah, hukuman penjara yang bakal dijalani akan menjarakkan mereka sekeluarga, namun Najib seakan-akan redha dengan hukuman yang dikenakan olehnya semalam.

Setakat ini sahaja yang Daddy dapat bersama. Daddy pegang teguh kepada ajaran agama Islam. Jika ditakdirkan ini perjalanannya dan dugaan Allah SWT, apalah daya, Daddy manusia dan hamba-Nya.

Datuk Seri Najib Razak, Bekas Perdana Menteri

Untuk makluman, bekas perdana menteri Malaysia Najib Razak telah gagal dalam rayuan terakhirnya untuk membatalkan sabitan dan telah menerima hukuman penjara 12 tahun dan denda 210 juta ringgit.

Sumber: Facebook

Total
0
Shares
Related Posts