Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

3 Orang Maut Dalam Insiden Letupan Masjid Di Kabul

Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan puluhan yang lain tercedera
Maut

Satu letupan berlaku di sebuah masjid yang dipenuhi jemaah di ibu negara Afghanistan, Kabul, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga individu maut dan puluhan yang lain tercedera.

Memetik laporan Al-Jazeera, letupan berlaku ketika orang ramai sedang menunaikan solat magrib di masjid itu, yang terletak di daerah barat laut Kabul.

Setakat ini, angka korban sebenar belum didedahkan pihak berkuasa. Namun, laporan Emergency NGO mengesahkan terdapat 27 individu cedera dan tiga maut dalam kejadian tersebut.

Susulan letupan di sebuah masjid di kawasan PD17 Kabul pada 17 Ogos, 27 orang telah dipindahkan ke Pusat Pembedahan KECEMASAN untuk Mangsa Perang setakat ini, 3 daripadanya telah meninggal dunia.

NGO itu turut berkata, Ini adalah kejadian keenam yang telah diuruskan oleh hospital kecemasan itu di Kabul pada bulan Ogos sahaja, dan yang ke-16 sejak awal tahun ini

Kami menguruskan 6 kematian besar-besaran di hospital kami, dengan jumlah hampir 80 pesakit. Sepanjang tahun, kami terus menerima kecederaan tembakan, kecederaan serpihan, kecederaan tikaman, dan mangsa letupan serta IED setiap hari.

Emergency NGO

Walau bagaimanapun, Jumlah sebenar mereka terlibat dalam insiden pengeboman itu masih belum diketahui dan siasat masih dilakukan.

Baca juga: Arab Saudi Benarkan Pemegang Visa Pelancong Menunaikan Umrah

Pada 11 Ogos, seorang penyerang berani mati meletupkan diri di dalam madrasah milik Rahimullah Haqqani. Letupan itu dilaporkan telah membunuh Sheikh Rahimullah Haqqani. Militan Daish bertanggungjawab atas kejadian itu.

Sumber: Al-Jazeera, Emergency

Total
0
Shares
Related Posts