Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Peniaga Kedai Boleh Didenda Hingga RM50,000 Jika Tidak Pamer Resit Lengkap

Harga di kedai adalah penting untuk pengguna dapat menentukan bajet. Sama seperti resit pembayaran.

Di Malaysia, resit menyatakan harga barangan sering diambil ringan. Malah, ada juga sesetengah yang mengambil tidak endah mengenai perkara tersebut termasuklah pemberian resit lengkap.

Peniaga Boleh Didenda Jika Tidak Beri Resit Lengkap

Menerusi video daripada akaun TikTok @kpdnselangor, mereka berkongsi tentang kepentingan pemberian resit lengkap kepada kedai makan. Perkara ini dianggap sebagai sesuatu yang perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang perselisihan faham melibatkan harga barangan yang dibeli.

Dalam video berkenaan, anggota KPDN Selangor memaklumkan terdapat beberapa info penting yang perlu dinyatakan di dalam resit.

Antaranya:

  • Nama dan alamat premis
  • ⁠Tarikh pembelian
  • ⁠Amaun yang dibayar
  • ⁠Maklumat barangan yang dibeli

Susulan itu, peniaga yang gagal memberikan resit lengkap boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999

@kpdnselangor

Resit pon kena DENDA???? Peringatan untuk peniaga diluar sana untuk memastikan setiap pembelian mestilah mempunyai resit yang mempunyai kriteria yang ditetapkan. Dah tahu? jom kongsi #KPDN #KPDNKITA #kpdnselangor #kpdnselangorefektif #hakpengguna #penggunabijak

♬ original sound – KPDN SELANGOR – KPDN SELANGOR
Total
0
Shares
Related Posts