Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

MyDigital ID Diperlukan Untuk Log Masuk Aplikasi MyJPJ

Aplikasi MyJPJ telah menjadi sebahagian daripada pengguna jalan raya di Malaysia kerana lesen memandu, cukai jalan dan perkhidmatan JPJ lain semuanya boleh diakses melalui aplikasi. Dalam kemaskini baharu, JPJ memaklumkan satu log masuk menggunakan MyDigital ID akan dikuatkuasakan mulai 10 Oktober 2024.

Menurut Aplikasi tersebut, jika individu tidak mendaftar di MyDigital ID tidak akan boleh menggunakan aplikasi MyJPJ selepas tarikh tersebut.

Sumber: MyJPJ

“Log masuk tunggal menggunakan MyDigital ID akan dikuatkuasakan bermula 10 Oktober 2024. Sila laksanakan pendaftaran di aplikasi MyDigital ID dengan kadar segera untuk mengelakkan sebarang kesulitan log masuk,” kenyataan dalam paparan di aplikasi MyJPJ.

JPJ juga menasihatkan rakyat Malaysia untuk segera mendaftar untuk MyDigital ID melalui aplikasinya bagi mengelakkan sebarang kesulitan untuk log masuk ke MyJPJ.

Apa Itu MyDigital ID?

MyDigital ID digunakan sebagai kaedah pengesahan bagi memudahkan semua perkhidmatan digital kerajaan dan memperkukuhkan keselamatan transaksi dalam talian.

Penggunaan MyDigital ID dapat menjamin transaksi yang selamat melalui sistem berasaskan kriptografi yang diperakui keselamatannya oleh Pensijilan Kriteria Umum menerusi pengiktirafan EAL3+ di peringkat antarabangsa.

Total
0
Shares
Related Posts