Penggemar makanan pedas, korang mesti suka makan ayam gepuk dengan set kobis goreng.
Walau bagaimanapun, tahukah anda kobis goreng yang dijual dalam hidangan nasi ayam gepuk boleh menjadi punca kepada penyakit kanser?
Ini kerana kobis goreng yang dimasak hangus akan melalui satu proses tindak balas kimia yang dipanggil Acrylamide. Ini bermakna makanan yang dimasak hangus seperti sate dan roti bakar juga boleh meningkatkan risiko kanser.
Menurut National Cancer Institute, Acrylamide dikategorikan dalam kumpulan 2A boleh menyebabkan kanser untuk manusia tetapi perlu lebih banyak bukti yang kukuh.
Baca Juga: Minyak Sayur Punca Penyakit Kronik?
Namun, punca kanser juga dipengaruhi oleh beberapa faktor yang lain seperti genetik, gaya hidup dan lain-lain.
Jadi kalau korang makan sekali-sekala kobis goreng, tak kena kanser. Tapi korang kena kawal pemakanan korang.