Baru-baru ini, Khairul Aming telah mengeluarkan satu resipi di TikTok iaitu burger McMing diilhamkan oleh restoran segera terkenal Malaysia iaitu Prosperity Burger
Dalam video tersebut Khairul Aming telah menggunakan daging oblong dan roti burger bujur Ramly sebagai bahan resepinya dalam membuat burger ‘McMing’.
Perkara itu telah menyebabkan daging oblong Ramly laku keras sehingga Ramly sampai terpaksa mengeluarkan notis mereka akan restock semula daging oblong ekoran ia habis dijual.
Baca Juga: Khairul Aming Sambut Hari Jadi Dengan Kek Meme!
Walau bagaimanapun, di halaman TikTok Ramly hari ini, mereka mengumumkan bahawa roti bujur dan daging oblong telah diisi semula.
Apa pendapat korang? korang dah try buat burger McMing, sedap tak?