“Kalau Palestin Merdeka, Dunia Kiamat” sering diperbahaskan oleh netizen apabila berlakunya peperangan diantara Israel Apartheid dan bumi Palestin.
Seperti umum tahu, Israel sedang menyerang Gaza, sekitar 4,300 rakyat Palestin terkorban akibat pengeboman tersebut.
Tapi tahukah anda bahawa palestin pernah mencapai merdeka pada 1187 dibawah kepimpinan dinasti Ayubiyyah?
Palestin pernah merdeka pada 1187
Tahukah anda Salahuddin al-Ayubi berjaya menawan Baitulmuqaddis (Jerusalem) selepas hampir 88 tahun kota itu dikuasai tentera Salib?
Untuk memahami bagaimana Salahuddin menawan Baitulmaqdis, kita mesti terlebih dahulu memahami konteks sejarah. Baitulmaqdis telah berada di bawah kawalan Tentera Salib Kristian sejak 1099 apabila mereka menakluki kota itu semasa Perang Salib Pertama.
Sejak dari itu hasrat terbesar Salahuddin Ayyubi adalah untuk menakluki Bayt al-Maqdis dan al-Masjid al-Aqsa. Perkara itu membuat beliau menyatukan tentera Islam dan melancarkan serangan terhadap Baitulmaqdis.
Pengepungan Baitulmaqdis (1187)
Selepas Pertempuran Hattin, Salahuddin mengalihkan perhatiannya ke Baitulmaqdis. Kota itu mempunyai kubu kuat.
Salahuddin memulakan pengepungan dengan memotong bekalan bantuan ke bandar dan menghancurkan tembok Jerusalem tanpa henti untuk melemahkan keazaman para pembela Kristian.
Tentera Salahuddin kemudian, menawan titik-titik penting di sekitar bandar, seperti Bukit Zaitun dan Menara Daud. Langkah-langkah strategik ini mengehadkan pergerakan tentera Salib di dalam bandar.
Rundingan dan Penyerahan
Pengepungan Salahuddin telah menyebabkan pemimpin Kristian iaitu Balian memulakan rundingan untuk menyerahkan kota itu.
Salahuddin menawarkan untuk memberi pelindungan kepada orang Kristian, lelaki, wanita dan kanak-kanak ke Tripoli dengan harga 30,000 Bezant.
Walau bagaimanapun, pada akhirnya Salahuddin membebaskan mereka semua kerana tidak ingin mengulangi perkara yang dilakukan tentera Salib ketika menaklukkan Baitulmaqdis pada tahun 1099. Balian pun akhirnya sukarela menyerahkan kunci kota kepada Salahuddin.
Pada 2 Oktober 1187, Salahuddin memasuki Baitulmaqdis dan menuntut semula kota itu untuk orang Islam. Penawanan Baitulmaqdis menandakan berakhirnya hampir satu abad pemerintahan Kristian di bandar itu.
Sumber: Muslimmirror,