Bila pergi ke Pulau Pinang, tidak sah jika tidak melawat salah satu tempat ikonik iaitu ‘Bukit Bendera’ atau lebih dikenali sebagai Penang Hill.
Boleh dikatakan Bukit Bendera adalah satu destinasi wajib, jika anda seorang yang minat menikmati panorama Georgetown dan Pulau Pinang dari kedudukan yang tinggi
Walau bagaimanapun, baru-baru ini laman sesawang luar negara menyenaraikan Bukit Bendera sebagai satu kawasan ‘Tourist Trap‘.
Menurut laman sesawang tersebut, Bukit Bendera, Pulau Pinang adalah tempat tourist trap nombor satu paling teruk di Asia dan nombor 9 di seluruh dunia.
Baca Juga: Roti Canai Dinobat Sebagai Roti No.1 Terbaik Di Dunia?
Malah, tempat itu disenaraikan sebagai tarikan ke-2 di Asia paling overrated dan ke-14 di dunia.
Walau bagaimanapun, data ini dianalisa dengan hanya menggunakan Google Review. Maka data itu disimpulkan selepas mencari frasa “tourist trap” atau “mahal” dalam ulasan yang ditinggalkan di Google.
Pendapat korang macam mana? Adakah Bukit Bendera satu tourist trap yang disebutkan oleh laman sesawang luar?
Sumber: USAtoday