Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Harga Minyak Masak Botol Turun Lagi Mulai Sabtu Ini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bakal menurunkan harga minyak masak tulen bagi pek botol lima kilogram daripada RM33.50 kepada RM31.50.

Penurunan harga minyak masak tersebut berkuat kuasa selama satu bulan berkuat kuasa Sabtu ini, 8 Oktober sehingga 7 November 2022.

Menurut laporan Berita Harian , penetapan harga baharu ini adalah disebabkan oleh pola penurunan harga purata minyak masak mentah (CPO) pada September lalu.

Penurunan harga ini juga merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Harga minyak masak satu, dua dan tiga kilogram juga akan dikurangkan

Selain itu, harga minyak masak dalam pek botol tiga kilogram juga diturunkan sebanyak RM1.20 iaitu daripada RM21.10 kepada RM19.90.

Bagi pek botol dua kilogram pula, harga dikurangkan sebanyak RM0.80 daripada RM14.30 kepada RM13.50 manakala pek kemasan botol untuk satu kilogram pula turun sebanyak RM0.40 kepada RM7.10 berbanding RM7.50.

Total
0
Shares
Related Posts