Personaliti masakan terkenal Khairul Aming hari ini menyambut ulang tahun yang ke-31.
Menerusi satu hantaran di Facebook, KA memuat naik satu gambar dirinya mengucapkan selamat hari jadi.
Menariknya, beliau turut mengepilkan gambar kek yang memaparkan lukisan mukanya yang telah menjadi ‘meme‘ kepada warga maya di Malaysia.
Lukisan itu adalah reaksi wajah terkejut apabila melihat jualan Sambal Nyet Berapi ‘sold out’ dalam masa 2 minit di platform Shopee satu ketika dahulu.
Baca Juga: Khairul Aming Kongsi Tips Rakam & Muat Naik Video Berkualiti
Dalam pada itu, KA juga menangkap gambar hari jadinya bersama trofi yang diterima semasa dinobatkan sebagai pemenang kategori Creator Of The Year pada TikTok Awards Malaysia 2023.
Untuk makluman, pada 6 September 2023, jualan Sambal Nyet telah mencecah 2.4 juta botol iaitu bersamaan dengan jualan sebanyak RM33. 5 juta.
Sumber: Facebook