Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Miliki Jam LGBT Swatch Satu Kesalahan & Boleh Didenda RM20,000

Sesiapa yang memiliki produk ‘Jam LGBT Swatch’ boleh dipenjara sehingga tiga tahun, denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), kerajaan telah mengharamkan semua produk Swatch yang mengandungi elemen LGBTQ+ termasuk jam tangan, kotak, pembalut dan semua bahan lain yang berkaitan.

Larangan itu diwartakan pada 10 Ogos dan ia selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Baca Juga: Kerajaan Tegas Dalam Mengekang Elemen LGBT Dalam Filem & Media Sosial

Menurut KDN produk Jam LGBT Swatch itu diharamkan kerana ia memudaratkan moral, serta kepentingan awam dan negara dengan mempromosi, menyokong dan menormalisasikan gerakan LGBTQ+, yang tidak diterima oleh masyarakat Malaysia.

Adalah diingatkan bahawa berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012, individu yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit dan menjual, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Kesalahan itu termasuk mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu dan apa-apa hasil penerbitan larangan.

Kerajaan Malaysia komited untuk menghentikan penyebaran unsur-unsur yang boleh memudaratkan moral, serta kepentingan orang ramai dan negara, dalam masyarakat.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri telah menyerbu 11 kedai Swatch di Lembah Klang pada 13 dan 14 Mei, dan merampas semua jam tangan Pride Collection jenama itu.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri

Total
0
Shares
Related Posts