Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Yahudi Pernah Bertapak Di Malaysia?

Mungkin kedengaran agak pelik bila membaca tajuk bahawa Yahudi pernah bertapak di Malaysia. Tapi tahukah anda satu ketika dahulu masyarakat itu pernah hidup secara terbuka di Malaysia?

Rekod sejarah, penghijrahan secara beramai-ramai oleh orang Yahudi dari wilayah Baghdad Uthmaniyyah ke Tanah Melayu bermula ketika pemerintahan Daud Pasha sekitar tahun 1817 hingga tahun 1831.

Dawud Pasha of Baghdad

Difahamkan penghijrahan Yahudi Baghdad di Tanah Melayu berkemungkinan besar disebabkan oleh kemajuan perniagaan dan perdagangan yang diuruskan oleh British.

Yahudi Pertama Di Malaysia Adalah Dari Baghdad

Orang Yahudi pertama yang diketahui telah tiba dan mendiami di Tanah Melayu adalah Ezekiel Aaron Menasseh. Beliau telah berhijrah dari Baghdad dalam tahun 1895.

Menurut sumber, Ezekiel adalah satu-satunya yang mengamalkan pegangannya di Tanah Melayu selama 30 tahun sehingga selepas Perang Dunia Pertama.

Walaubagaimanapun, ketika perang dunia ke-dua masyarakat Yahudi telah dipindahkan ke Singapura dan sebahagiannya dibunuh.

Menjelang 1963, hanya 20 keluarga Yahudi yang tinggal di Malaysia.

Tinggalan di Malaysia

Peninggalan yang masih kita dapat lihat adalah tanah perkuburan Yahudi di Pulau Pinang. Ia telah wujud sejak 1805 dan dipercayai ia adalah merupakan tanah perkuburan Yahudi yang paling tua di Malaysia.

Tanah Perkuburan Yahudi di Malaysia

Malah, sebuah jalan di Pulau Pinang pernah digelar sebagai Jalan Yahudi kerana disitu adalah kawasan majoriti masyarakat orang-orang Yahudi. Namun, nama jalan tersebut telah ditukarkan kepada Jalan Zainal Abidin.

Sumber: Jewishvirtuallibrary, Wiki

Total
0
Shares
Related Posts